Pages

Sunday, January 5, 2014

..puisiHati #3: habis ~

 (-_-)

saat esak-tangis,
rindu romantis,
buang sudah kisah sedih-tragis,
tidak lagi perlu apa jua magis,
ini, kisah 'kita' sudah habis.

~ ~




Friday, December 13, 2013

..PuisiHati #2 : kebahagiaan pinjaman ~


(_____________)

perlahan aku mula sedar,
yang kamu itu sekadar;
kemahuan yang aku mahukan,
ketaksuban yang aku taksubkan,
kegilaan yang aku gilakan.

dalam sedar itu, aku ragu,
apakah kamu adalah;
kesayangan yang aku sayangkan,
kecintaan yang benar aku cintakan,
kebutuhan yang aku perlukan.

mungkin,untuk satu ketika yang dulu.

kerna kini aku sekadar pasti,
kamu itu coman;
kebahagiaan yang pernah membahagiakan,sementara.
pinjaman yang dipinjamkan.harusku kembalikan.
pinjaman.
 ~ ~

**pergilah lelaki kegemaran,kejarlah bahagiamu.aku okey saja


Wednesday, December 11, 2013

..PuisiHati #1 : Siapa Sudi?



(_____________)

Aku minta,
Kau kembalikan hati,
Yang pernah dulu kau curi,
Sayangnya, kau telah racik-racik,
Menjadi sekecil ini.

Aku tanya,
Apakah ini hati yang aku bagi dulu?
Kau diam, terus berlalu.

Tolong jawab aku,
Dengan retak-luka-calar begini,
Hancur sang hati,
Siapa lagi yang sudi?


**ini adalah suka-suka-sedang belajar..

Tuesday, November 26, 2013

..weekend xtivity #1 : (eksotikata-putrajaya-bangi) episod f2 (final)

 ...
*sambung...

gerak dari #eksotikata kt Rumah Pena,
masuk highway, nmpak signboard (putrajaya, cyberjaya etc).
teringat dak kereta (#MLBG) lak ade wat meet up kt putrajaya,
memandangkan xde jiwa nk pulang ke rumah,
ikut signboard, mghala kesana..(tak terancang lagi, redah jek)
pusing2 cari tmpat meet up, lalu Masjid Besi Presint 3, (mmg kt situ pun nk jumpa), dlam kepala fikir sesuatu.. hmmm.(rahsia)

jumpa pun mereka, katenye '20 bijik' katenya.haha..
dari parking kt depan JPN tu, gerak pula ke Taman Botani..
jalan-jalan, nak riadah katanya.
sambil tunggu lagi beberapa kereta.

*putrajaya seafood kt taman botani:xbukak siang, mlm jek katanya..

*antara kete2 yg ade.. #MLBG


dari Taman Botani bergerak ke Dataran Putrajaya pula,weekend, so bese la sesak kt situ, wat mende ntah ramai-ramai situ.

*sempat i olls amik gmbr tgh drive tu uolls~Masjid Putra- indah..


*yg ini i olls suka.. sunset,kualitas gmbr tidak mmberangsangkn-tgh drive la u olls..


disana, park kejap,.borak2, tengok2,bincang tempat makan, akhirnya gerak ke tempat makan..
~SUP UK, sekyen 7, Bangi..

* makan, xde gmbar, fon  battery da kong, OFF terus..haha. pape pun enjoy lepak dgan MLBG Crew. excited tunggu konvoi anniversary..weeee..~ ~


begitulah perjalanan seharian aku pada hari tersebut, sampai rumah, pengsan...esoknya, aku jalan lagi...
lallalaallalalala ~ ~



*'dunia belum berakhir bila kau putuskan aku, masih bnyk teman2ku disini, menemaniku'


Monday, November 25, 2013

..weekend xtvty #1: (eksotikata-putrajaya-bangi) episod 1

 >_<

assalamualaikum wbt and selamat sejahtera semua hendaknya.
haip..haip..
ini cerita 23 November 2013
weekend yg sengaja dipenuhkan dgn xtivty tidak terancang
sgt suka buat benda spontaneous cam ni..
tak yah nak fikir-fikir, just go with the flow.
and when i set, i must do it,

pagi..eh, x, tgahari da pun,,
pergi event pencinta-pencinta seni dan puisi ; eksotikata
first time aku g event ni, sebelum ni nak g tpi x berani, segan.
this time, ikut membe ni, si eddy..
ok, best gak, tengok ekspresi seni anak-anak muda.
kagum.

*sempat snap banner dri dlm kete jek.

*tengok dri jauh jek, 

tak lama pun kat sana, sekejap sangat, tpi dapat la tgok beberapa muka yg selama ni cuma mampu perhati di laman twitter.
hope, next time aku mampu nak g event camni wlpun semsorang.haha..

gerak je dari sana, ingat nak pulang ke rumah, tapi cam xde jiwa lak..
then,....

to be continue...



Friday, November 22, 2013

..start again #1: move on-1

 -_-


perit kan perpisahan.
sakitnya ditinggalkan.
apatah lagi bila hati dan perasaan dipermainkan.
tapi semua tu dugaan.

perlahan-lahan aku lepaskan.
mungkin tak cukup kuat, ada kala aku tersasar.
hampir menyerah.

berkali-kali aku diingatkan oleh kesayangan,
cukuplah.

aku sedang cuba
perlahan-lahan.




**image from google


**biarku simpan..

~terima kasih untuk semua kesayangan yg sentiasa jadi peneman dan kekuatan.

Thursday, August 15, 2013

.heartsong #2: Tentang Dirimu

-_-




ya.kerana lelaki itu~ 


**'no lyrics this time.everything in this video already.its all about him.'



p/s: sy harap awak tau apa yg rasa walau awak xkan rasa perasaan itu.