Pages

Friday, December 13, 2013

..PuisiHati #2 : kebahagiaan pinjaman ~


(_____________)

perlahan aku mula sedar,
yang kamu itu sekadar;
kemahuan yang aku mahukan,
ketaksuban yang aku taksubkan,
kegilaan yang aku gilakan.

dalam sedar itu, aku ragu,
apakah kamu adalah;
kesayangan yang aku sayangkan,
kecintaan yang benar aku cintakan,
kebutuhan yang aku perlukan.

mungkin,untuk satu ketika yang dulu.

kerna kini aku sekadar pasti,
kamu itu coman;
kebahagiaan yang pernah membahagiakan,sementara.
pinjaman yang dipinjamkan.harusku kembalikan.
pinjaman.
 ~ ~

**pergilah lelaki kegemaran,kejarlah bahagiamu.aku okey saja


Wednesday, December 11, 2013

..PuisiHati #1 : Siapa Sudi?



(_____________)

Aku minta,
Kau kembalikan hati,
Yang pernah dulu kau curi,
Sayangnya, kau telah racik-racik,
Menjadi sekecil ini.

Aku tanya,
Apakah ini hati yang aku bagi dulu?
Kau diam, terus berlalu.

Tolong jawab aku,
Dengan retak-luka-calar begini,
Hancur sang hati,
Siapa lagi yang sudi?


**ini adalah suka-suka-sedang belajar..

Tuesday, November 26, 2013

..weekend xtivity #1 : (eksotikata-putrajaya-bangi) episod f2 (final)

 ...
*sambung...

gerak dari #eksotikata kt Rumah Pena,
masuk highway, nmpak signboard (putrajaya, cyberjaya etc).
teringat dak kereta (#MLBG) lak ade wat meet up kt putrajaya,
memandangkan xde jiwa nk pulang ke rumah,
ikut signboard, mghala kesana..(tak terancang lagi, redah jek)
pusing2 cari tmpat meet up, lalu Masjid Besi Presint 3, (mmg kt situ pun nk jumpa), dlam kepala fikir sesuatu.. hmmm.(rahsia)

jumpa pun mereka, katenye '20 bijik' katenya.haha..
dari parking kt depan JPN tu, gerak pula ke Taman Botani..
jalan-jalan, nak riadah katanya.
sambil tunggu lagi beberapa kereta.

*putrajaya seafood kt taman botani:xbukak siang, mlm jek katanya..

*antara kete2 yg ade.. #MLBG


dari Taman Botani bergerak ke Dataran Putrajaya pula,weekend, so bese la sesak kt situ, wat mende ntah ramai-ramai situ.

*sempat i olls amik gmbr tgh drive tu uolls~Masjid Putra- indah..


*yg ini i olls suka.. sunset,kualitas gmbr tidak mmberangsangkn-tgh drive la u olls..


disana, park kejap,.borak2, tengok2,bincang tempat makan, akhirnya gerak ke tempat makan..
~SUP UK, sekyen 7, Bangi..

* makan, xde gmbar, fon  battery da kong, OFF terus..haha. pape pun enjoy lepak dgan MLBG Crew. excited tunggu konvoi anniversary..weeee..~ ~


begitulah perjalanan seharian aku pada hari tersebut, sampai rumah, pengsan...esoknya, aku jalan lagi...
lallalaallalalala ~ ~



*'dunia belum berakhir bila kau putuskan aku, masih bnyk teman2ku disini, menemaniku'


Monday, November 25, 2013

..weekend xtvty #1: (eksotikata-putrajaya-bangi) episod 1

 >_<

assalamualaikum wbt and selamat sejahtera semua hendaknya.
haip..haip..
ini cerita 23 November 2013
weekend yg sengaja dipenuhkan dgn xtivty tidak terancang
sgt suka buat benda spontaneous cam ni..
tak yah nak fikir-fikir, just go with the flow.
and when i set, i must do it,

pagi..eh, x, tgahari da pun,,
pergi event pencinta-pencinta seni dan puisi ; eksotikata
first time aku g event ni, sebelum ni nak g tpi x berani, segan.
this time, ikut membe ni, si eddy..
ok, best gak, tengok ekspresi seni anak-anak muda.
kagum.

*sempat snap banner dri dlm kete jek.

*tengok dri jauh jek, 

tak lama pun kat sana, sekejap sangat, tpi dapat la tgok beberapa muka yg selama ni cuma mampu perhati di laman twitter.
hope, next time aku mampu nak g event camni wlpun semsorang.haha..

gerak je dari sana, ingat nak pulang ke rumah, tapi cam xde jiwa lak..
then,....

to be continue...



Friday, November 22, 2013

..start again #1: move on-1

 -_-


perit kan perpisahan.
sakitnya ditinggalkan.
apatah lagi bila hati dan perasaan dipermainkan.
tapi semua tu dugaan.

perlahan-lahan aku lepaskan.
mungkin tak cukup kuat, ada kala aku tersasar.
hampir menyerah.

berkali-kali aku diingatkan oleh kesayangan,
cukuplah.

aku sedang cuba
perlahan-lahan.




**image from google


**biarku simpan..

~terima kasih untuk semua kesayangan yg sentiasa jadi peneman dan kekuatan.

Thursday, August 15, 2013

.heartsong #2: Tentang Dirimu

-_-




ya.kerana lelaki itu~ 


**'no lyrics this time.everything in this video already.its all about him.'



p/s: sy harap awak tau apa yg rasa walau awak xkan rasa perasaan itu.


Wednesday, August 7, 2013

.RayaStories #1: Kemaafan Hadiah Terindah


>_<


Alhamdulillah, Syawal  bertamu kini.
biarpun Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita, sayu, berharap agar masih dapat bertemu lagi di ramadhan yg akan datang
Terlalu cepat Ramadhan ini. Namun masih tetap meninggalkan mermori.

Begitu juga 'dia'
terlalu sekejap dgn 'dia' tapi cukup meninggalkan kesan dlm hati aku.
haish, cukuplah.. ok.stop.

Sempena bulan baik lagi indah ini,
pastinya diri mengharapkan sesuatu yg baik,lebih baik dari semalam,
mengharapkan adanya sinar kebahagiaan, keceriaan dan kejayaan

bersama  memperbaiki setiap kelemahan diri,
muhasabah apa yg terjadi,
mempelajari dri setiap kekhilafan,
mempertingkatkan kebaikan dalam diri,
mensyukuri apa yg dianugerahi,
mendekatkan diri dgn Ilahi,
agar hidup sentiasa diberkati..

namun seperkara yg tidak boleh kita lupakan..
kemaafan,
kemaafan yg ikhlas dari hati, tanda diri sudah meredhai..
kerana #KEMAAFAN ITU HADIAH TERINDAH..

~~SALAM AIDILFITRI~ MAAF ZAHIR DAN BATIN, MAAF ATAS SEMUA KEKHILAFAN~~




p/s:andai sahaja 'dia' mampu membaca semuanya..saya sayang awak!~still..




Monday, August 5, 2013

.random #1: masih ada yg peduli

 >_<


tersenyum sendiri.
entah.
macam bodoh pulak diri ni terasa, bersungguh2 nk sedih meratap bagai,sedangkan ianya xubah ape2 melainkan cuma menambah seksa diri je..

hari ni , tetibe2  lak ade yg bg menegur dan bg nasihat,

first.
bro A: aku nengok kamu ni kurus je,kamu makan ape je ari2? makan ler bnyak sikit, takut aku nengok kamu kurus sgt gni.
me: (senyum n sambil da xtau nk jawab pe,selalu sgt org tnye) xyah ler takut, aku hari2 makan hati pun da cukup da....(ngn nada penuh makne)
bro A: putus cinta ler ni....
me: (erkkk.. ak salah ckp ke, cane die tau ni..) xde mknenye cinta2 ni..(ayt cover blik)
bro A; haha. aku da tau da, ye la tu, lau da pompuan ckp camtu,... npe ko break?
me: (errr..soalan yg mmg aku xmmpu nk jawap, terus sambung wat keje....)

second:
bro Z: ko bile nk kawen?
me:( ha? tetibe soklan.. ) aku? ble2 je aku leh kawen
bro Z: bukan pe, nengok status2 kt fb, da mcm teruk sgt da, risau lak aku,..
me: hahha..jgn risau, aku hidup lagi ni,xmati lgi, yg teruk pun, hati aku je..

third:
bro J: ina, aku rase ko kene makan bnyak lagi, ko kene makan lebih.. bla..bla..bla..( start da ceramah pemakanan die) (aku dgr je )
me: susah la, aku da cuba da.. nk makan pun xlarat la..
bro J: boleh, ko kene makan lebih, makan banyak
bro Z nyampuk: susah ni J , die nk xde nfsu makan..
me: betol2, skrg ni berat aku mkin trun,
bro Z: yela, ngan masalah cinta lgi kn..
me: erkkk???
bla..bla..bla...bla..bla......(smpi mne ntah diorg bebel aku)
last2 bro J n Z:boleh ina, ko try 2 bulan, mkan banyak, t ne la tau kitorg tengok ko da berisi sket, lgpun pompuan ade isi ske bru cantek
me: ( sbb da mlaz kne bebel) yela2.. tggu la 2 bulan t..haha


hmmmm..mcm tu la,sape kate xde sape yg peduli tentang diri kita, kadang2 org sekeliling kita yg kita xsangka sgt prihatin dgn rakan2 sekeliling pun peduli tentang kita.
aku x nafikan, 2-3 bulan ni berat badan aku sgt turun dgn bnyknye.. dulu leh lagi cecah 40-43kg, now  35-37kg je.. hmm, teruk betol parah jiwa ni... #becauseofhim

aku sedar, yg aku perlu sayangi diri aku, masih ada yg peduli terutama kawan2 aku, kebanyakn mereka perasan aku mkin susut, da bnyak kali diorg tegur. xpela.xsemua tau ape yg aku  alami sekarang. aku tgh cuba untuk bangkit, bangkit dri setiap kegagalan dan kekecewaan yg pernah ada dlm hidup aku,
tgh mengumpul kuat, mencari tapak untuk berdiri dan bermula,.. xmudah, tpi aku PERLU!!!

BANGKIT, SAYANGI DIRI SENDIRI ,JIKA MAHU DIRI DISAYANGI.. ;)



#sabarlah,kuatlahwahaihati






Sunday, July 28, 2013

. untuk awak..

.. -_-..

awak,
awak tau x sy berat sgt nk lepaskan awak.
awak tau x sy nk sgt jumpe awak.
awak tau x sy rindu awak sgt
awak tau x sy saket sgt.
awak tau x sy da cuba lupakan awak, tpi ...

awak,
awak tau x, wlpun mcm2 yg awak buat pada sy, sy xboleh nk benci awak,
awak, sy teringin sgt ckap pada awak, sy benci awak, tpi x boleh,
sy selalu ckp pada diri sendiri supaya benci awak, tpi..

awak, 
awak tau x, sy kadang2 susah nk tidur,
sy xnk pejam mata sy,
sbb bila sy pejam, wajah awak akn muncul,
tpi sy cuba gak.
dan bila sy tidur, sy rase sy xnk bangun,
sbb bila sy sedar, benda pertama yg muncul, awak!
awak tau x?!!

awak,
satu je yg sy nk awak tau saat ni,
saya sayang awak!!
jangan lupakan sy walaupun saat sy tiada lgi...



Thursday, May 30, 2013

.heartbreak #1: thanks dear





(-_-)

thanks dear,
really thanks to u.
thanks for giving me that feeling that i never fell before..
thanks for hurting me..
thanks for broke my heart..
a really thanks for u....
after what i give u, after i give my whole life, my trust to u..
thanks for everything...

p/s: u r the first,and no one like u anymore

Wednesday, April 10, 2013

..music to my heart #1 : i still love u, always love u


-_-


I Still Love You....


Kau hilangkan akal sehatku
Luluhkan semua keangkuhanku
Saat kau putuskan cintamu
Aku tak mampu melupakanmu

I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku
Terlambat ku memahami
Terlalu sakitnya hatimu
Hadapi semua sikap egoku
Kau semakin jauh dari pelukku
I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku
Beri aku kesempatan tetap ada di hatimu
I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku
I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Kamu sungguh segalanya bagiku
I still love you


p/s: forgive for evrythinng,,pls dont leave me..


Friday, March 15, 2013

.. restart #1: enjoy ur life!

salam..



almost a year x update..
lupe da ade blog, maklum la macam2 masalah  datang lam setahun yg lepas,
kewangan xstabil, belum campur emosi lagi, ngan laptop lame yg wat hal tetibe,
pape pun,  bersyukur masih diberi peluang oleh yg Maha Esa untuk masih bernafas ditahun 2013 ni..
x sangka dh march pun..

banyak yg berlaku dalm setahun ni..
suka duka,
semuanya mengajar diri dan mendidik diri untuk belajar dari setiap yg berlaku...
banyk benda yg berubah,
tpi apa-apa pun hidup perlu diteruskan.
nikmati setiap apa yg masih kita ada dalam kehidupan ini,
belajar mengahargai apa yg kita miliki hari ni..
hidup terlalu singkat untuk kita masih mengenang hari semalam..
hari ini adalah hidup,
semalam biarkan berlalu...
belajar diatas kesilapan masa lalu

syukur masih dapat menikmati hidup hingga saat ini...
Alhamdullliah...